Monday, July 25, 2011

Karnival Kokurikulum SMK Abaka 2011

Pada minggu ini (25hb-28hb Julai 2011), Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abaka telah terlibat secara tidak langsung dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pusat kokurikulum SMK Abaka. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dijangka akan menarik lebih banyak penyertaan. Para pelajar dari sekolah luar di daerah Tawau dijemput hadir bagi memeriahkan karnival yang julung kalinya diadakan.

Meja Pameran Kelab Bimbingan dan Kaunseling
GBK bersama Urusetia Kelab Bimbingan dan Kaunseling
Antara aktiviti yang akan berlangsung sepanjang karnival adalah seperti Treasure Hunt, Pertandingan penulisan Khat, Teka silang kata, kuiz, kebudayaan,Pameran Alam sekitar dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang pastinya akan menguji kemahiran para peserta.
Suasana Dataran Karnival Kokurikulum SMK Abaka 2011
Peserta Menyelesaikan Puzzle
Peserta Pertandingan Tulisan Khat
Peserta Teka Silang Kata
Pameran Kelab Alam Sekitar
Pameran Kelab Alam Sekitar Kancil yang Telah diawet...

Aktiviti Karnival kokurikulum SMK Abaka akan bermula seawal pukul 7.00 pagi dan berakhir pukul 4.00petang pada setiap hari berlangsungnya karnival.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...