Thursday, January 27, 2011

Seminar Menjejak Kecemerlangan SPM anjuran FELCRA

Pada 22hb Januari 2011 baru-baru ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyeleras Kecemerlangan SPM SMK Abaka (Pn.Junainah Ahmat ) telah menyertai aktiviti kecemerlangan berbentuk seminar di Auditorium Perpustakaan Tawau. Seminar dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dilaksanakan oleh Felcra Berhad dengan kerjasama Samsari & Consultancy.
Para Peserta dan Guru Pengiring

Beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang seminar berlangsung antaranya sesi berkenalan, muhasabah diri, forum bersama insan-insan cemerlang, soal jawab, dan beberapa lagi aktiviti lain. Aktiviti yang telah dijalankan pada seminar tersebut begitu menarik dan mendapat reaksi yang amat memberansangkan daripada para peserta.
Para peserta Seminar di Auditorium

Kita minum dulu... :) Peserta ketika rehat











Slot Bersama Individu Cemerlang
Kerjasama peserta wanita ketika seminar
Khusyuknya si Syahidin.. :) 

Wakil SMK Abaka ketika menerima cenderahati daripada YB Dato Hj. Tawfiq DSP Hj. Abu Bakar Titingan
Wajah Ceria peserta daripada SMK Abaka
 Seminar bermula pada pukul 7.00pg dan berakhir pada pukul 5.00 ptg.. Acara majlis penutupan telah dimurnikan oleh YB Dato Hj.Tawfiq DSP Hj. Abu Bakar Titingan bersama wakil Pengarah Felcra dan Samsari Consultancy. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru dan para peseta yang telah menyertai..

Wednesday, January 19, 2011

Program Orientasi Tingkatan 1 SMK Abaka Bagi Tahun 2011

Cikgu Amisah ketika Slot UBK
Baru-baru ini pada 12 - 14 Januari 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Abaka dengan kerjasama Guru-guru Tingkatan 1 telah menganjurkan program orientasi tingkatan 1. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baru tentang suasana dan budaya persekolahan di SMK Abaka Tawau.

Suasana ketika pelajar sedang mendaftar..








Peserta program memberi tumpuan
Wah..!!! Tumpuan yang baik










Cikgu Azman memberi slot Disiplin









Pada perasmian penutupan Program Orientasi Tingkatan Satu Abaka 2011, upacara tersebut telah dirasmikan  oleh Penolong Kanan Petang En Mohammad Johari.
Barisan Guru-guru ketika 


 Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 1 yang telah menyertai program orientasi dengan jayanya. Kepada guru-guru yang terlibat, terima kasih kerana memberi komitmen penuh sepanjang program tersebut berlangsung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...